Tuesday, January 12, 2016

GRAND LEXIS PORT DICKSON

Boleh tak, aku nak update blog di kala ini?? Ok nak elak mengantuk, meh la kita karang entry baru. Begitu ya.

Ni kisah percutian yang lepas. Malas nak cerita ikut turutan. So langkah-langkah la yer. Masa cuti hari tu, sempat la bermalam dekat Grand Lexis Port Dickson. Tu pun awal-awal fikir dua tiga kali juga. Semalam rate rm700++. Pengsan. Disebabkan nak sangat rasa duduk bilik yang ada pool. Review sana sini semua dok cerita pasal pool.

Jadi jom la kita pergi.
Sebenarnya untuk cuti ni, semua hotel kita da booking sebulan awal. Ye la. Tak boleh la nak tiba-tiba walk in kan. Kot-kot takde bilik kosong. Naya je. Ada yang tidur dekat masjid kang.

Sampai je dekat situ, tengok-tengok orang sangat la ramai. Padahal aku pergi hari isnin ni. Ramai orang okeyy. Aku perhatikan dan aku syak, motif utama ramai orang dekat sini memang sebab ada pool dalam bilik. So bole la berenang ke berendam ke sepuas-puasnya. Sebab  nampak ramai familiy bawak budak-budak dan pelampung. He he.


Masa nak check-in, petugas kaunter tu cakap, dia bagi bilik yang besar. Lupa pulak aku sebab apa reason dia.


Bilik besar yang ada dua king size bed. 
Ni pemandangan dari penjuru katil. TV, meja dan pintu ke pool.


Pool dia pun nampak okey. Dua pelampung disediakan.
Ada cerita lawak pasal pool ni. 
Pasal kedalaman dia.
Aku ni takde la pandai berenang.
So masa aku review pengalaman orang lain, aku sibuk nak tau berapa kedalaman pool ni. Kot kalau dalam sangat, macam mana. So ada satu gambar tu aku nampak ada tulis 4ft. 4 kaki kedalaman dia. Dan dan aku amik pita pengukur. Tarik 4 kaki, ukur tinggi sampai mana. Hah baru ada confiden. 
Tapi eksyen je lebih. Sampai sana. 
Oooo no no no no.
Diri sampai anak tangga kedua saja yer. Lepas tu da malas. Memang takde mood la. Nak swimming ni. Encik suami je layan. Aku duduk di tepi tepian saja.
Begini lah gaya orang yang tak suka aktiviti air. 


Kemudahan dalam bilik ni pun not bad. 
Ada disediakan microwave. Kawasan hotel ni agak jauh la dari kedai-kedai. So aku sarankan, sila lah beli frozen food siap-siap lepas tu bila nak makan, just panaskan je.


Macam kitorang, malam tu order spageti dengan sandwich dari restoren Duyung kot nama dia.


Sandwich tu tak habis makan pun.


So membazir okey. Untuk lebih jimat, silakan bawak makanan sendiri.

Toilet dan bilik mandi pun okey.
Puas hati.


Tu tempat basuh muka la, gosok gigi semua.
Bilik mandi dengan toilet asing. 


Ruang toilet.


Hmm rasa macam da panjang entry ni. Macam banyak gambar je da masuk. Tapi macam juga ada lagi yang belom masuk.
Nasib la yer, entry ni terjadi lebih panjang pulak.

So lepas breakfast esoknya. Sempat la aku jalan-jalan amik angin pagi.
Besar rupanya kawasan ni.


Mana-mana pergi pun nampak kapal terbang lalu.. Hihi


Best la suasana pagi dekat sini.
Overall, sapa-sapa yang nak mandi pool tapi malu nak mandi dekat area ramai orang sana. Boleh lah datang sini.
Untuk honeymoon pun sesuai. Okey.
Stop entry dulu. Kang ada yang komplen aku dok main hp jer.. Mengantuk pun da hilang. Daa..

4 comments:

  1. grand lexis ni deokek sgt ngan umah my mil nani...

    ReplyDelete
  2. cantik..macam best tapi harga tu, tak mampu rasanya..mampu tengok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. Disebabkan teringin sangat nak pegi. Jadi pejam mata saja la time bayar. huhuhu

      Delete