Saturday, January 30, 2016

HATI PEREMPUAN.

Mungkin aku agak EMOSI bila taip entry ni.
Tapi pendapat aku, kau sebagai lelaki, tak payah la nak bercakap banyak. Nak salahkan reunion sekolah bagai. Nak salahkan zaman it, zaman facebook yang canggih.


Kronologi:
Mereka suami isteri dah berpisah tahun lalu. Dengan kata lain, dah bercerai.

Mereka ni da berkahwin selama 23 tahun. Lepas si isteri pergi reunion sekolah lama, isterinya berubah sikap dan mintak cerai.

Bekas isteri berkahwin lain lepas habis edah.

Setakat ni aku takde pulak baca kenyataan balas dari bekas isterinya. Ok kene take note juga dia ni adalah bekas  isteri nombor dua.

Semua orang maklum, SY ada empat isteri. Mampu.

Dah berpisah tu sudah la, tak payah nak persoalkan lagi. Anggap la takdr jodoh dah. SY pun kata dia da berusaha sehabis baik. Aku harap wartawan pun cukup lah tak perlu nak pergi tanya bekas isterinya. Yang lepas tu, biarkan berlalu.

Bukan maksud aku setuju dengan penceraian dorang, aku pun tak kenal dorang ni sebenarnya.

Tapi terdetik dekat hati aku ni.
Hati PEREMPUAN.

Manalah tahu. 23 tahun satu waktu yang cukup lama. Bukan calang-calang pasangan yang dapat bertahan sampai 23 tahun. Nasib aku sendiri pun aku belom jelas lagi. Berdoa dari sekarang.

Mungkin bekas isterinya tuh da habis tahap kesabaran.
Mungkin ada issue yang dia tak puas hati.
Mungkin ada kehendaknya yang tak dipenuhi.

Ini semua andaian aku je.
Aku kata MUNGKIN.

Tambah pulak poligami bukan main hebat lagi dugaan, cabaran..
Jadi dah takde kesabaran, berpisah mungkin lebih baik.

Apa pun ini PENDAPAT aku jer. 
Tak berapa suka la tengok berita artis bercerai-berai ni.
Doa yang terbaik je lah untuk mereka.


1 comment:

  1. innalillah..23 tahun bukan sekejap ya, tapi dah habis jodohnya..redo je la...pak salih ooii

    ReplyDelete