Saturday, April 27, 2013

BURUKNYA PERANGAI KO!

Aku duduk menyewa rumah flat tingkat dua. Tingkat dua tu consider tinggi la kan.. Ok tak pe. Sejak duduk rumah ni, kepekaan aku terhadap bunyi bertambah, nak2 kalau aku tinggal rumah sorang2. Bunyi pelik sikit jer mata aku dah melilau dok cari dari mana sumber bunyi tu.. Hatta bunyi cicak pun aku sibuk nak cari location cicak tu. Ni baru rumah kecik, esok2 kalau da pindah rumah baru yang besar sikit, macam mana la agaknya, lagi haru aku rasa.

Hari ni macam biasa la, rutin aku ke pasar. Lepas tu, sambung kerja menyiang memotong daging, sotong, udang yang aku beli. Tengah2 dok potong daging, dengar bunyi orang pijak rumput, iyer pijak rumput pun bole dengar. Cuaca pulak tengah panas terik, ooh ya, dapur tempat aku memasak adalah menghadap tingkap so, memang nampak la pokok2 atau nak kata semak tak semak la, tapi macam kawasan rumput, selalu orang buat bakar2 dahan ke ranting ke kat area nih.

Sinki aku pulak special, mengadap dinding, tapi sebelah kanan dia hanya ada grill dan bidai. So bila angin sepoi2 jer memang boleh rasa, takpun kalau hujan, senang cerita, mudah tempias air, kadang ada daun kering la.. tu bila angin kuat..Fuh...

Mula2 nak masuk rumah ni, aku macam takut sikit la kalo nak basuh pinggan ke kat sinki, waktu malam, konon takut kene sergah benda la...isk2 sekarang alah bisa tegal biasa jer.. tak ada apa pun.. syukur, lagipun aku bole nampak parking, selalu jer ada kereta keluar masuk. Eh da melalut plak neh...

Aku nampak sorang lelaki jalan menuju ke sebatang pokok.. ceh ayat... skema tak tahan.. Ingatkan dia nak lalu jalan pencong dari semak tu. Rupanya dia stop kat pokok, lepastu bole kencing!!!! adoi mak, sakitnya hati aku... Tak senonoh punya jantan.. Rasa hati aku nak jer sumpit belakang dia.. huh...Teruk betul perangai. BURUKK!!

Aku bole cam muka dia kalau aku jumpa lagi, next time kalo aku terserempak dengan dia, aku nak pandang atas bawah, grrrrr geram aku. Masih ada lagi orang kurang pandai macam ni kat dunia.

SARAPAN.

Semalam aku ternampak kawan aku makan nasi lemak. Gulp. Teringat lama dah aku tak makan nasi lemak.. So pagi tadi lepas habis belanja dekat pasar, terus aku beli nasi lemak kukus ni.. Hmm sedap2...


Layan sekali dengan air teh bunga.. Alhamdulillah..kenyang.. baru ada rasa semangat nak kemas rumah, kemas bilik, kemas segala la..

Aku rasa gambar atas tu blur. Jangan salahkan aku, salahkan kamera ipad ni..kuikuikui...
Ok kenyang makan, rehat kejap, sebelum mula akiviti kemas.

Friday, April 26, 2013

HUJAN DI PAGI HARI.

Aku tersedar dari tido pukul 4 pagi. Dengar kat luar hujan turun mencurah2. Memang tersangat best kalao sambung tidur ni... dalam hati ada bisikan jahat-nak cuti kerja- uiksss jangan nani, sabar nani. satu je hari lagi. Ok fine. So aku gigih bangun macam biasa.

Nasib pukul 830 pagi hujan dah reda sikit. Sampai kat kereta tersenyum sendiri. Tengok plat kereta, encik suami dah siap tampalkan. Yeay..... happy sangat2. I like...

Kerja pun da kurang sikit. Aku biasa la kalo banyak kerja, memang kene fokus. Tapi ni kurang kerja sikit, mula la nak buat kerja merapu-update blog. Memang tak silap la aku instll blogger kat phone. Sambil menyelam minum air la orang kata gitu.

On the way pergi kerja, nampak ada satu accident dekat jalan sebelah. Maka jem la jalan tu, siap ada polis dengan tow truck lagi. Lepas tu boleh pulak ada satu taxi depan aku ni tiba2 slow konon nak juga tengok2 apa yang dah jadi!! Aish, mengada btol, terus aku high beam pastu potong taxi tu sambil aku pandang muka driver tu. Tambah malang lagi, taxi tu cermin gelap, grrr baru aku nak tengok muka driver huh.

Lambat masa berlalu hari ni- ayat klise bila kurang kerja. Time banyak kerja, rasa macam cepat sangat masa berlalu pulak. Nak buat macam mana. Putaran alam. Ok nak start sambung follow up kerja sikit.Kang belek iphone lama2 orang kata aku ngular pulak. kuikuikui

Thursday, April 25, 2013

TESTING.

Install blogger kat phone. Moga2 senang sikit nak update bila bila free. Selama ni pakai ipad jer. Tapi kalau kat meja opis tak kan la pula nak keluarkan ipad semata2 nak update blog.

Meh kita try dulu tengok hasil, cantik ke tak...

CERITA CAMPUR-CAMPUR.

Satu hari aku ditegur oleh pakcik guard- senyum la sikit pagi2 nih-
Gulp.. baru aku terperasan yang selama ni muka aku memang 'ketat' sepanjang perjalanan aku dari carpark ke dalam bangunan opis..Bila ditegur, jadi malu sendiri. Dan sejak dari itu, setiapkali lalu pondok guard, nampak je pakcik tu bertugas, terus aku senyum siap2. Start tanamkan dalam diri, mungkin senyuman kita bisa membahagiakan orang lain.. dan secara tak langsung pun diri kita terkena tempias bahagia juga...

Dinner malam semalami aku makan kat kedai saja, Kemalasan mengatasi segalanya. Walaupun sebelum balik kerja aku da text encik suami untuk rendam isi ayam dan udang.. Konon nak masak peria goreng telur, campak udang sikit. Dengan isi ayam masak kuah sos tiram...Rupanya masak dalam mimpi...Kebetulan encik suami nak keluar pegi bank, aku apa lagi, amik kesempatan la. -melonjak2 gembira-

Sabtu lepas waktu aku nak balik dari pasar, selang beberapa kereta dari aku, ada satu Saga BLM entah macam mana, silap masuk parking, terus sampai tayar termasuk longkang. Tengok2 rupanya driver dia macam makcik2. Bila aku tanya,dia pun macam terpinga2 tak tahu, katanya mungkin terlepas kedepan tak sempat nak brek waktu masuk parking tu. Ada satu lelaki, tengah cuba nak tolong angkat bahagian depan kereta sambil makcik tu cuba reverse.. tapi nampaknya tayar di still tak boleh keluar dari longkang.. Pengakhirannya aku nampak lelaki tu panggil beberapa lelaki lain, maybe nak mintak tolong sama angkat bahagian depan kereta.. Dan aku terus gerak balik, sebab tak ada apa yang boleh ditolong kan...

Semalam juga time aku nak balik, terperasan plat kereta aku tanggal.. Nasib tanggal waktu aku parking dekat kilang. Kalau tanggal time drive ker, tak ke naya. satu hal nak pergi tempah plat baru. Singgah la kedai hardware beli double side tape..Nak tampal balik plat tu.. Kang tak pasal2 polis ker JPJ ke tahan kereta aku pulak-mana no plat?-kuikuikui

Hmm tiap2 hari rasa berat nak pergi kerja, mungkin da boring kot jadi pekerja kilang. 5tahun banyak benda aku belajar.. Dari kilang jepun ke kilang UK. Dalam kepala bila la nak duduk rumah buat bisnes..uiks... bayang2 bisnes pun tak tahu lagi nih..Ok berangan saja.

Nak bersiap pergi kerja. Hari ni kene keluar awal, keretaku sudah kehabisan minyak.. Daaa...

Monday, April 22, 2013

KERANA LELAKI ITU.

Banyak benda nak tulis tapi masa selalu tak ada. Sekarang pun curi2 tulis sambil tengok drama 'kerana lelaki itu'.. selepas aku gigih siap memasak lauk makan malam..
Sayur air sawi letak fishcake dengan daging masak apa tah.. rasa macam sambal sikit.. tapi aku tak pakai cili kisar, haha aku pakai cili sos.. tak kisah la kan. Asal ada rasa..kuikuikui.. Tadi time drive teringin pulak nak memasak daging sweet sour. Google search, tengok resepi takde yng mudah pun.. Aku, biasa la kan... semua benda nak senang.. nak buat macam mana, time constraint. Makan malam, yang simple2 saja..


Encik suami belom balik kerja lagi.. Sekarang tengah on the way balik katanya..
Aku memang layan habis la drama 'kerana lelaki itu'

-kau takkan tahu, rasa hati ku, yang selalu derita kerna mu..dan kau tak kan rasa apa yang ku rasa semenjak kau hadir...hidupku sering saja untuk mu, tentang dirimu, tak pernah untuk ku-

Drama ni tentang kawan makan kawan. Itu yang aku nampak. Dek kerana hasad dengki... kawan tu sanggup buat apa saja untuk kepuasan hati dia..isk2.. Ok aku tak nak la cerita sinopsis drama ni, nak tahu sila tengok sendiri. Tak pun sila layan kat tonton.my

Aku nak sambung layan drama ni kejap. Daaa..

Saturday, April 20, 2013

MAGNUM CHOCO CAPPUCINO

Hari ni encik suami kerja balik petang lagi. Biasa kalao dia balik kerja petang, aku pun masak petang la.. Tak nak la aku tengah hari makan sorang. Makan roti, sudah...kuikuikui

Tiba2 teringat ada satu lagi magnum...


Magnum choco cappucino. Tapi terlalu manis aku rasa.. ish2


Dia macam ada gula2 caramel kat kepingan coklat tu.. hmm layan saja la.. tapi makan manis ni, sekali sekala saja bole, kalau selalu, boleh jadi kencing manis pula..gulp....