Banyak benda nak tulis tapi masa selalu tak ada. Sekarang pun curi2 tulis sambil tengok drama 'kerana lelaki itu'.. selepas aku gigih siap memasak lauk makan malam..
Sayur air sawi letak fishcake dengan daging masak apa tah.. rasa macam sambal sikit.. tapi aku tak pakai cili kisar, haha aku pakai cili sos.. tak kisah la kan. Asal ada rasa..kuikuikui.. Tadi time drive teringin pulak nak memasak daging sweet sour. Google search, tengok resepi takde yng mudah pun.. Aku, biasa la kan... semua benda nak senang.. nak buat macam mana, time constraint. Makan malam, yang simple2 saja..
Encik suami belom balik kerja lagi.. Sekarang tengah on the way balik katanya..
Aku memang layan habis la drama 'kerana lelaki itu'
-kau takkan tahu, rasa hati ku, yang selalu derita kerna mu..dan kau tak kan rasa apa yang ku rasa semenjak kau hadir...hidupku sering saja untuk mu, tentang dirimu, tak pernah untuk ku-
Drama ni tentang kawan makan kawan. Itu yang aku nampak. Dek kerana hasad dengki... kawan tu sanggup buat apa saja untuk kepuasan hati dia..isk2.. Ok aku tak nak la cerita sinopsis drama ni, nak tahu sila tengok sendiri. Tak pun sila layan kat tonton.my
Aku nak sambung layan drama ni kejap. Daaa..
No comments:
Post a Comment