Monday, May 23, 2016

KENAPA AKU RASA AKU PERLUKAN PEMBANTU RUMAH.

Belum apa-apa dah tulis entry macam ni.
Bukan apa, saja nak melepaskan tension.
Dekat mana lagi nak membebel kalau bukan dalam blog sendiri kan.
Tiba-tiba aku rasa macam aku sangat-sangat perlukan pembantu rumah.
Terutama dekat nak puasa raya ni. Tolong lah.

Aku boleh memasak, walau tak sehebat chef. Tapi pada aku, aku sangat-sangat tak suka kemas. Kemas lepas memasak, adakala nak buat preparation memasak pun malas. Tu yang kene potong-potong bawang, sayur, siang-siang ayam, haih. Mesti korang rasa aku pemalas nau Tapi keje tu semua renyah la. Leceh. Walaupun sakit hati dan bosan, tetap ku buat juga. Sebab takde sapa yang boleh buat. Hanya aku. Part yang paling aku suka ialah memasak. Simple je ni, campak-campak, sap sap soi. Siap. Senang sangat.
Bila la nak ada pembantu rumah. Gulp..

Aku tak suka kemas. Aku jenis yang last minit baru terhegeh-hegeh nak kemas. Macam keadaan rumah aku skang. Konon dalam to do list, ok kemas rumah. Sebelum tidur pun da cakap, esok target nak kemas rumah. I is tak de disiplin okey.. Bab kemas rumah.. Takde makna. Tak boleh tahan.. Tolong la. Tengok drama melayu.. ooh bestnya ada pembantu rumah..

Basuh baju. Aku kadang waktu malam je ada masa nak cuci baju. Biasa dalam satu jam setengah baru habis. By the time washing machine stop, mata aku pun da nak terlelap lepas baring-baring depan tv. Haih.. Sekali lagi, ada tak siapa yang sudi nak tolong aku sidai baju? Kadang tu, aku tertidur. Tidur tu musuh utama okey. So esok paginya baru lah aku sidai, tu pun sambil bebel dekat diri sendiri. Haih why why why why tak sidai malam tadi?? Grrrrrr. Tidur tu perlu untuk rehat kan? Pembantu pembantu. I really need help!!

Dah kenapa aku bebel teruk sangat nih.
Maybe sebab penat kot.
Hari ni makan luar.
Sebab balik dari opis, lapar betul. Sampai takde mood.
Then terbawak emosi ke dalam entry.

Jangan berangan ye Nani.
Selagi mampu, sila lah buat semuanya sendiri,
OK bye.

Wednesday, May 11, 2016

PENGALAMAN RENEW PASSPORT DAN GAMBAR IC

Hari tu boss aku ada minta aku datang ke branch singapore untuk meeting. Konon lebih cepat dan efektif banding dengan call atau email. Mulanya memang  aku tak nak pergi sebab pasport pun dah  expired. Tambah pulak malas nak keluarkan duit nak renew passport. So beriya-iya lah aku tolak request ni. Tapi akhirnya terpaksa pegi juga. Sebab dah kritikal sangat. 

Makanya aku terpaksa la renew passport. Nasib bangunan kementerian dalam negeri sebelah taman jer. So ada kemudahan la di situ.
Tengah hari aku berkejar-kejar balik rumah, solat, makan roti minum air sikit, terus pergi KDN.
Sampai sana terus naik Jabatan Imigresen. Bila sampai turn aku, pegawai kata: tudung pink ni tak boleh. Kene pakai tudung hitam. Kalau saya proceed jugak, nanti penyelia tak approved. Agak hangin la disitu. Sambil pegawai tu mintak IC aku. Lepas tu dikatanya lagi: eh ni gambar lama ni. Kene pergi buat gambar baru dan dapatkan IC baru, baru la boleh proceed renew passport.. Dari nak renew passport membawak ke renew gambar dekat IC. Hangin berganda.

Terpaksa la pergi bangunan sebelah- Jabatan Pendaftaran untuk renew gambar IC. Sudah lah time tu pulak hujan rahmat.. Antara dua bangunan pulak takde susur gajah or laluan berbumbung. Redah jugak la hujan. Haish. Dugaan sangat. Nak tunggu IC baru dalam setengah jam. Dapat IC sementara, terus pulak patah balik ke Jabatan Imigresen, sambung proses buat passport. Disebabkan tudung pink tak diterima, terpaksa jugak sarung shawl. Just pin saja. Buat syarat. Cermin mata pun tak dibenarkan pakai. Lepas da selesai semua gambar bagai. Bayar dekat kaunter RM200 untuk 5 tahun. Huhuhu Oh lupa nak bagi tahu. Renew IC pun kene bayar. Tapi aku lupa berapa. Kalau tak silap below RM10. Hah lupa.

Lebih kurang setengah jam tunggu IC siap dan empat puluh lima minit untuk tunggu passport siap. Tunggu lah ko kat situ. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Makanya terima saja lah. Betul2 mencabar keimanan. Now aku dah renew passport siap-siap. Lepas ni takde alasan lagi la. Nak tolak meeting invitation dari singapura. Hmmm..
Okey ini entry tertunda. Aku draft start hari apa tah. Hari ni baru teringat dan publish. Bye.

Saturday, April 30, 2016

MAK ANDAM.

Semalam ada satu post lalu dekat newsfeed aku.
Kisah mak andam, last minit nak tarik diri dari solek pengantin.
Kalau tak silap, pengantin nikah pagi, sanding tengah hari.
Lepas tu mak andam cakap, dia boleh mekap masa nikah je.
Masa sanding kene cari orang lain sebab dia da kerja atau maybe tak diberitahu yang dia kene mekap untuk sanding pulak?
Aku syak ini mungkin ada miss communication dekat mana-mana.
Sebab 1st time deal dengan bridal kan.
Heh semua orang pun setiap kali nak nikah, 1st time cari bridal. Lain la kalo nak nikah dua tiga kali.
Dan message last sekali nampak macam mak andam tu nak tarik diri terus.
Entah merajuk atau apa. Aku tak pasti pulak.
Ok aku bukan nak judge mana-mana pihak pun.

Cuma tertarik nak share. Pengalaman sendiri masa nikah kawen dulu.
Aku tempah bridal yang sama dengan best friend aku.
Disebabkan aku percaya, if service dia bagus, and best friend aku puas hati.
Why not aku guna bridal sama, rather than aku kene pergi kaji lagi, tanya-tanya bridal lain lagi.
So far semua urusan lancar. Aku buat payment ansuran bape bulan tah, lupa pulak.
Start booking sampai la hari kawen. Seminggu sebelum ke sehari sebelum, baru aku langsaikan habis.
Semua aturcara majlis, masa nikah, masa sanding semua da make clear siap-siap.

Pagi masa nikah tu, memang mak andam, tuan punya bridal tu yang mekapkan.
Dan dia tak tunggu pun kat rumah aku sampai sanding.
Lepas mekap siap-siap. Dia balik, pergi mekap tempat lain maybe. Tapi dia ada kata la, nanti sebelum waktu sanding, akan ada sorang lagi mak andam datang, untuk mekap sanding pulak.
Aku ok jer..Dan memang betul pun, time sebelum sanding, mak andam lain tukar mekap baru untuk sanding.
Kali ni dia tinggal sorang kawan dia untuk iring aku naik pelamin la, tol bagai, ha ha ha.

So kat sini aku rasa, memang aturcara nikah kawen ni, kita kene make clear dekat bridal.
Pukul berapa nak nikah, pukul berapa nak sanding, mana satu baju nikah, mana satu baju sanding.
Kalau tak silap aku dalam pakej yang bridal offer, akan ada remarks nak bape kali mekap.

Ada orang nak sekali je mekap, mungkin aturcara majlis dia, nikah terus sanding.
Ada orang nak dua kali mekap, nikah lain, sanding lain.
Its depends.
Tak boleh la nak assume mak andam tu akan duduk tercongok kat rumah kita..
Komunikasi tu penting. Baru la nampak kerjasama nya nanti.

Apa pun, harap ni boleh jadi pengajaran la.
Amik nilai-nilai yang baik saja. So in future kita aware dan takde la berdepan masalah sama.
Cheers.

Monday, April 25, 2016

STRESS KERJA.

Aku rasa kali ni, entry tak bergambar.
Pertama nya aku nak bagitahu, aku taip entry guna laptop baru. Barang baru mestilah excited, begitu.
Oooh heaven nya. Teringat zaman sebelom kawen, empat tahun lepas kot, update entry dekat desktop.. Rindu okey..nak melankolik sekejap. Tapi aku notice jugak, sejak ada laptop, ipad ku sudah terabai. Hukhukhuk. Apakan daya..

Yang keduanya aku da berjaya habiskan drama Descendants of the Sun. 16 episod. Dua episod terakhir, back-to-back tadi. Lama tak layan drama korea, mood tiba-tiba datang. Cerita korea, biasa lah, tak sah kalau tak jentik emosi bagai. Touching.. orang tengah stress lah katakan.

Lama tak update blog.
Aku sekarang tengah berkira-kira nak cari kerja lain. Tempoh 4 tahun da semakin dekat dah, dan aku rasa, aku sangat-sangat yakin, cukup lah. Cukup lah sampai sini saja. Makin ditahan makin off limit.
Ini juga salah satu sebab kenapa aku beli laptop. Supaya aku boleh update resume untuk kerja baru. 
Tambah bersemangat bila ada orang yang dah campak surat resign dulu dari aku.
Serta merta memori 2008 teringat-dekat kepala aku. 2008, sorang-sorang team mate resign. Hoi.. bayangkan lah dari riuh rendah team, sampai tinggal bape kerat je...sunyi mak aih.. Hampir semua nya dapat rezeki kerja goverment. Aku syak tahun 2008 tu memang govenment nak pakai ramai orang lah. Tu sebab kawan datang dan pergi.

Dan tahun ni, aku dah bersiap sedia. update resume bagai, riki sana sini ada ke peluang kerja kosong.
Ada orang suggest aku untuk tukar team, aku pernah terfikir nak tukar team. Tapi ikut logik akal, elok lah resign terus. Keluar dari company.
Now tiap-tiap pagi aku melayan perasaan, nak pergi keje ke tak nak.
Tiap-tiap pagi. Tapi bila fikir takde sapa yang akan cover kerja-kerja aku bila aku cuti, baiklah aku je yang gagahkan diri untuk datang dan buat.
Sometime aku cuti pun, takde reason sangat. Melayan stress kat hati. End up, shopping online.. 
Bajet macam banyak duit la. Tapi asal hati puas, apa nak jadi, jadilah. Begitu.

Kalau lah ada machine atau equipment yang boleh ukur level stress kat tempat kerja, aku nak guna alat tu untuk ukur level stress aku ni ha...
Orang akan cakap, alah stress kerje tu biasa lah, dulu aku boleh terima, but now.. Tak boleh da.
Keje sekarang ni sangat mengganggu hidup.
Kadang sampai terbawak dalam mimpi.
Tolong lah..itu je la yang mampu cakap, Tolong lah..
Harap aku ni diberi kekuatan..

Dulu-dulu aku selalu berdoa pada Allah, moga-moga ada la rezeki aku nak dapat kerja lain. Sebab aku ni orang yang lambat masuk rezeki. Aku doa, cepat la kali ni aku dapat kerja lain. Kemudian bila aku tak dapat kerja lain, aku sedih, sebab rezeki tak ada lagi.
Now aku doa, moga-moga lepas je habis project yang aku tengah jaga skang ni, ada rezeki aku untuk dapat kerja lain. Buat masa skang, suffer sorang-sorang dulu..

Ok daaa. Banyak sangat membebel ni.
Aku nak mandi, kemudian tidur.


Saturday, April 16, 2016

LIP MATTE CREAM.

Aku sebenarnya jarang berlipstik bagai. Perasaan nya kalau beli lipstik oooh rasa berat pulak nak oles dekat bibir. Lepas tu stress sendiri, tak tahu kenapa. Ha ha ha.

Cuma pakai lip balm je la setiapkali keluar rumah. Macam-macam brand dah aku pakai. Nivea, Maybeline, The Body Shop, Aloe lips. Lip balm ni takde color, so sangat convenience. Asalkan bibir tak kering sangat, should be okey je.
Tapi sekarang aku macam addicted dekat lip matte cream. Entah kenapa. Mungkin sebab pengaruh iklan (again). So aku start riki-riki. Tentang lip matte cream.

Mula-mula aku beli lip matte cream dari fame cosmetic. Masa dia baru keluar. Pakai pertama kali, ooh baru tahu, mudah je apply lip matte cream nih. 


Cuma bila masuk pemilihan warna tu aku jadi susah sikit. Ye la iollss bukan le kulit cerah. Tapi rasanya tak la terlalu gelap. So agak konfius warna apakah yang sesuai. Ni gambar masa pakai code fuchsia/party. Dua dua pun lebih kurang sama tone.


Hah entry ni banyak nak letak gambar selfie sendiri. Mesti uolls ingat i suka selfie. Jawapannya suka juga lah. Setiap hari sebelum pergi keje, silakan selfie. So nanti boleh hantar gambar dekat encik suami, then boleh hapday sama-sama. Klik Klik Klik.

Disebabkan warna dari fame cosmetic tu agak terang bagi aku. So aku research la brand lain. Aku suka warna natural, merah tak merah sangat, tapi tak nak la jugak pakai warna macam pucat. Nanti orang ingat aku sakit pulak. Terjumpa sugarbelle cosmetic. Sampai lah dia launch nude range color. Wow wow wow blink blink mata i. Lepas review habis, okey meh la kita beli.


Dua warna aku beli- sand storm dan bomb shell
Dua warna lagi aku dapat masa aku register dropship sugarbelle (disebabkan terlalu suka then terus lah register as dropship- test market nak jual).
Aku dapat color nude kisses dan love struck.


Nampak tekstur dia.. Creamy..
Bila apply, warna dia takde la menonjol sangat.


Tudung biru- nude kisses
Tudung coklat- bomb shell


Yang ni dua dua gambar, aku pakai love struck. Takde pulak gambar aku pakai sand storm. Tapi warna lebihkurang je. So takde lah nampak aku macam pakai lipstik tebal ke apa ke.

iollss suka sangat dengan lip matte cream sugarbelle nih. Senang sangat nak apply. Aku selalu sapu sikit jer. Jimat lah sangat- poyo.
Ada orang tanya aku, pakai lipstik pun macam tak pakai lipstik. Sebab aku banyak color nude range- warna tanah, warna natural. Tak kisah lah. Pendapat orang lain tak penting sangat bagi aku. Yang penting aku happy.

Ok sapa nak cuba sugarbell
cosmetic nude range ni, boleh lah wassap 0197627358 ya...

Stop sini dulu lah. Dari tadi hujan tak berhenti. Petir guruh semua stok kuat-kuat belaka. Takut betul.. Mata da mengantok la pulak. Adoii tolong lah. Sambung masak untuk dinner dulu Daaa

Sunday, April 10, 2016

SENAM.

Sebenarnya tak terfikir pun nak beli.
Tapi lately ada juga diskas dengan encik suami. Konon nak ajak senam jogging lah bagai. Tapi nan hado.
Asal penat je, tidur. pfttttt

So satu malam, after dinner jalan masuk ke ke Takashima. Nak survey katanya. Tanya-tanya, borak-borak dengan sales man. Uikkk macam bagus juga. Sebab aku ni dah la takde masa sangat nak pergi bersenam bagai, nak jogging ke apa ke.
So decide time tu juga. Ok kita beli. Kebetulan bonus pun dah nak masuk. Syukur la tahun ni dapat lagi merasa duit bonus. Dapat la settlekan apa yang patut. Dan beli apa yang patut juga.
Sebelom bonus masuk, dah ada list siap-siap apa nak dibeli. 
Rupanya tak seindah yang di harapkan.
Lain pulak yang jadi. 
Ni lah salah satu. Beli treadmill.


Sebab terlalu banyak sangat tanya. Salesman layan kitorang sampai kedai keliling dah nak tutup.

Da puas hati, booking dan tunggu delivery.
Finally yang dinanti-nanti..


Treadmill in the house!!!
Buat masa skang ni terpaksa park dekat area ni dulu.
Encik suami kata tak muat nak tolak lalu pintu bilik. No choice lah. 
Cuma nanti if ada tetamu datang, terus nampak lah treadmill ni. Harap dorang takde la fikir yang bukan-bukan.

Tapi paling penting aku harap, benda ni bermanfaat lah pada aku. Mesti kene lari atas treadmill 3 kali seminggu. 

Hari ni siap pergi beli running shoes lagi.
Sanggup. Tak apa. Sesekali bersemangat waja. Moga istiqamah.
Ok silakan berusaha dan berdoa.

Friday, April 1, 2016

BILA TAK SIHAT...

Hari pertama bulan april.
Aku selsema la pulak. Puii..
Lama dah tak kene selsema.
Gelabah cari vitamin c, performance drink bagai,
Nasib stok sentiassaaaaa ada...
Doa-doa jangan la sampai kene sakit tekak.
Tak larat nak melayan lah.

Betul-betul takde mood.
So kene standby tisu sekotak.
Air sebotol.
Ni tengah melepek sambil tunggu siaran maharaja lawak.
Tunggu kain gak tengah cuci tu.
Jangan tertido sudah. Tak bersidai nanti.

Mood dah la takde. 
Rasa nak marah je, da pehal?
Kat area sini, aku tak tau la.
Apa pasal alarm ada satu rumah tu asik la berbunyi je..
Bingit la woi...Lembab la tuan dia nak bertindak.
Cepat la matikan suis alarm tu ke. Ni nak biar dia bunyi sampai bape lama?

Aku ada up gambar dekat instagram.
Aku kene attend dua hari punya training.
Basic statistic.
Oooh mmyyy...
Seriously, aku memang tak boleh nak hadap.
Dulu masa mula-mula join company ni.
Ada satu modul training benda sama gak.
Statistic.Hoi tak paham-paham okey.
Gila lembab.

Tolong lah.. Apa benda nih...


Memang dasar tak pandai agaknya.
Stil tak paham-paham.


Hari ni result test dia keluar dekat email.
Hahaha aku lah yang paling corot sekali.
Memalukan, tapi, aku lantakkan saja lah.
Nak buat macam mana.
Ni siap ada assignment lagi.
Dah plan-plan malas nak hantar.
Boleh cam tuh??
Buruk lah nama aku nanti.

Haih mata mengantok la pulak.
Ok set jam, agak-agak bila mesin nak stop.
Baru bangun sidai kain.
Malas nak membebel lagi..
Rindu nak bebel macam dulu-dulu..
Aiii cepat nya masa berlalu.