Hari ni pergi servis kereta. Lama da plan tapi pergi tak juga. Last2 decide nak pergi hari ni. Tiba2 jer idea datang. Sambil2 tu berangan kejap, konon nak shopping. Ha ha.. Ok hari ni aku amik annual leave. Unplanned annual leave.
Layan saja lah.. Terus whatapps adik aku, cakap nak ajak dia pergi jalan2. Ok. Kita pergi jusco tebrau city. Kereta tinggal dekat proton servis. Terkejut juga sebab service advisor tu cakap boleh siap dalam masa satu jam setengah. Tapi nak buat macam mana, sebab da berjanji dengan adik aku. Tinggal jer la kereta. Sebelum tu dah kira2 total cost. Lebihkurang RM245. Lepas tu dorang cakap, akan check overall, then kalau jumpa apa2 nanti dorang akan inform aku..
Macam yang dijangka, tak lama kemudian, 2-3 kali juga la dapat call. Bagitau rosak itu, rosak ini. Semua benda pun kene tukar. So final total cost dalam RM403, tapi aku bayar RM400 saja. Diskaun la tuh.Begini la nasib orang pakai kereta, bila tiba time servis, ada je yang nak kene tukar la apa la.. Ni pun, door handle pintu belakang driver patah. Sudahnya aku hold dulu nak tukar, sebab stok yang ada adalah warna hitam sahaja. Kalau nak sama color dengan body kereta, sila lah kau pergi kedai spray sendiri! Boleh gitu?
Lunch hari ni makan fastfood. Yang boleh diterima tekak-pizza hut. Amik yang personal sahaja, meat lover...share makan dua orang.
Aku order meatball spagetti..
Adik aku order meatball peperoni spagetti..
Air pulak kitorang order ice lemon tea, dengan wild berry twist..
Masa kitorang masuk pizza hut tu, orang belom ramai lagi. Tengah2 makan, tengok2 hampir semua meja penuh.. Time lunch kan.. memang semua orang berpusu2.
Habis makan da pukul 1 lebih, terus decide ajak adik aku pergi amik kereta terus kat proton edar. On the way tu sempat lagi singgah area rumah baru aku tu.. Alahai.. macam tak ada progress pun, jalan still tak turap lagi..Adoi baru berangan2 nak raya kat rumah baru. Nampak gaya tahun depan la kita beraya kat sana..
Ok. hari ni da lunch fastfood. Esok pulak dengarnya bos nak belanja makan dekat lavender airport. Tetiba terfikir nak try menu apa. Pernah makan nasi ayam dekat situ. Tapi tadi kat rumah mak, baru je makan nasi ayam, siap tapau untuk encik suami lagi, tak kan la esok pun nak makan nasi ayam? gulp... Cari idea dulu la.. Daaaa...
No comments:
Post a Comment