Tuesday, January 11, 2011

PILIH KASIH

Hari ni cuti sempena Hol Almarhum Sultan Johor.Jadi pagi2 lagi aku berkesempatan tengok tv...(rasa macam hari ni hari ahad pulak) KEbetulan time aku tengok tv1 ada rancangan selamat pagi malaysia..Hmm aku tengok makin hari tv1 ni makin banyak pembaharuan..Memang kene la dengan tagline(tak sure la rasmi ke tak rasmi) makin ceria.. Hehe

Topik yang dibincangkan kalo tak silap, pilih kasih..Haaa ini memang topik yang hangat aku rasa. Pilih kasih dari aspek layanan ibubapa kepada anak2..Or datuk nenek kepada cucu.. Ye la, ada kes yang datuk2 nenek2 ni layan cucu yang kulit cerah baik sikit dari cucu2 yang berkulit gelap( erk boleh macam ni ehh), Ada kes juga yang mana ibu bapa melebihkan anak2 yang berpendidikan tinggi berbanding anak2 yang agak kurang dalam pelajaran..

Antara ulasan pakar perunding motivasi yang dijemput tu, kata kita kene perbetulkan keadaan ni andaikata keadaan ni terjadi pada kita. Ibu bapa juga kene beringat, yang tindakan ni memang salah, sebab dari pengalaman pakar perunding tu (dan dari apa yang aku baca kat mana2 artikel) tak semestinya anak yang kita sanjung2 tu bila kita susah nanti akan hulur bantuan kepada kita, sebaliknya anak yang kita layan lebih kurang la yang akan mendampingi kita saat kita susah.

MAcam tu juga datuk dan nenek main peranan, tegur la cara didikan anak2 mereka kepada anak2nya(cucu) jika mereka mengamalkan sikap pilih kasih. Sebab pilih kasih ni boleh membantutkan perkembangan anak2. Dan juga boleh menyebabkan anak2 ni membesar dengan cara tak sihat. Sebab tu la zaman sekarang ni kita dengar ada kes anak2 buang ibubapa..Apa punca nya? Mungkin antara faktornya adalah sikap ibubapa yang mengamalkan pilih kasih antara anak2nya. Tak boleh dinafikan fakta ni.

Memang ibubapa senang2 jer melabel anak tu sebagai derhaka ke, tak mengenang budi ke, sebab mengabaikan mereka bila tua. Tapi ada ke mereke fikir kadang2 sebab mereka juga lah anak2 boleh bertindak sedemikian rupa. JAdi sebagai peringatan kepada semua(terutamanya kepada aku juga) mulai hari ni, hargailah ibubapa kita agar esok2 generasi kita yang akan datang turut sama menghormati kita sebagaimana kita hormat ibubapa kita. Sekian..hehe

No comments:

Post a Comment