Friday, May 24, 2013

SUP AYAM.

Gara2 semalam kene selsema kuat, hari ni aku lepak rumah saja.. fuh.. dalam sejarah btol. Nasib juga selsema da makin kurang.. Syukur juga, setiapkali aku kene selsema, mesti hujung minggu. Kalau kene hari bekerja, hoi la macam mana aku nak tahan bersin, hahaha aku ni kan bersin style sopan.. kuang3...

Cuti duduk rumah ni, macam biasa la, kemas apa yang patut.. kuikuikui, semalam lagi aku siap buat to do list.. Supaya senang aku nak track kerja apa yang belom dibereskan lagi. hmm..Choi betol la adik aku, tetiba whatapps konon nak datang breakfast kat rumah aku, ni breakfast dalam mimpi jer la.. Kalo kol 8 baru nak bangun.. huhu

Hari ni masak lauk sup ayam saja. Aku time selsema or batuk, memang lapar berganda. Pelik, nak makan je, semalam sebelom tidur sempat bantai roti gardenia dengan cheese tart, hohoho..geleng kepala kejap.

Teringat ada ayam, buat sup saja lah, lagipun aku malas nak keluar, guna je la bahan apa yan ada.. Ooh ya,. syukur juga dapur memberi kerjasama, terhasil la lauk sup ayam tu dengan sayur kobis goreng.. Gulp, makan kobis lagi yer hari ni. (malam tadi da goreng separuh, hari ni goreng lagi separuh)

Ok meh aku share resepi sup ayam versi aku yang pastinya mudah.. kuikuikui

Bahan2: beberapa potong ayam, rempah tiga sekawan- kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, kentang yang dipotong2, air secukupnya, sup bunjut adabi

Bahan kisar: bawang merah, bawang putih, halia

Cara: Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi, masukkan rempah tiga sekawan tu, masukkan air, masukkan ayam, kentang, renehkan sup sampai ayam dengan kentang empuk, sila la rasa kuah tu yer, kalao tawar, masukkan garam dan sebuk perasa.. Dah siap semua, boleh hidangkan. Makan dengan nasi putih panas2 mesti terangkat.. kuikuikui

Oooh sambal kicap, aku malas buat yer, penat pulak.. Harap2 encik suami tak tanya nanti..
p/s: tengah menunggun encik suami balik kerja untuk makan sama.. daaa...

4 comments:

  1. assalamualaikum nani...mama ni mmg tak suka makan ayam tapi kalau hubby mmg suka ngan sop ayam ni...:)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam mama... hehe time ni da tak tahu nak masak apa.. teringat ada ayam.. masak je la sup.. lagi pulak tengah demam selsema. bila nak baik tah, tak tahu la..

    ReplyDelete
  3. resepi kita sama. cuma ayu tambah lada sula. bila bab2 demam dan salsema cepat baik

    moga yati cepat sembuh ya

    ReplyDelete