Aku, walaupun tak la berapa expert, tapi sekurang2 nya aku tau mana satu belacan, mana satu papadom. Hehehe..
Ok layan picture lauk hari ni...
Sayur air tauge dengan tahu- ada aku tambah telur puyuh sikit..saja nak bagi banyak2 bahan..
Pinggan sebelah tu ialah ikan goreng kicap berempah.. Aku dapat resepi ni dari blog mana tah.. Lupa lak..
Patut nampak la ikan dia tu kan, tapi aku buat ni terbanyak pulak kuahnya atau boleh aku cakap- ianya seakan2 sambal? Errr mungkin kot...Ni resepi first time aku cuba ni..
Bahan2: ikan kembung yang dilumur kunyit dan garam, pastu digoreng.. Fuh.. meletop2 wooo, tu pasal aku jarang nak goreng2 ikan ni, kalo aku beli ikan tu, biasa aku masak sup atau kari jer.. Malas nak layan letup2 dia tuh..err sebenarnya takut kene percik minyak.. Haha...Lepastu amik satu sudu kecil, jintan manis, ketumbar dengan lada hitam, goreng tanpa minyak, lepas tu kisar halus. Haa yang ni aku rasa pun ada letup2 juga, sebab aku goreng kejap jer lepastu terus matikan api.. hmm.. again...(lap peluh)
Ok, bahan tumis yang dikisar juga- bawang merah, bawang putih, halia, cili kering..dah siap semua, mari kita mulakan masak.
Lepas panaskan minyak, tumis bahan tumis dan masukkan juga bahan kisar- rempah jintan tadi tu.. bila da sebati, masukkan gula, kacau lagi sampai rasa tu da ok, baru masukkan kicap manis, gaul sebati.. Da puas hati dengan rasanya, baru masukkan ikan yang da digoreng tuh..Begitu la caranya..
Rasanya? hmm ada pedas2 manis, nak tau lebih sila buat sendiri yer.. Daaa...Lepas ni aku nak try guna ayam pulak..
No comments:
Post a Comment