Sunday, June 9, 2013

CAKAP MELAYU GUNA AYAT DAN PERKATAAN YANG BETUL, BOLEH TAK?

Hari sabtu, balik dari pasar, aku singgah kedai dekat2 dengan rumah, plan nak masak sup ikan, jadinya aku kene beli sup bunjut adabi. Biasa sup bunjut ni aku memang beli lebih, supaya lain kali kalo nak masak, aku tinggal guna saja, haha masak sup la yang paling senang woi... masuk kan semua bahan, pastu renehkan dengan api kecik..kuikuikui tapi kan aku adalah pemalas nak buat sambal kicap. Jadi kuah sup tu aku tabur lada sulah siap2. Supaya ada rasa pedas2 sikit hujung lidah..

Kedai yang aku singgah ni, nampak nama kedai melayu. Tapi yang jaga pastinya bukan melayu. Style india muslim kot. Atau mamak. Sebab cakap melayu kurang fasih. Habis kira semua barang aku. Mamak tu cakap total harga- sebelas setengah empat puluh sen. Aku tanya lagi sekali, jawapan yang sama dia ulang. Lagi sekali aku tanya- sambil ulang balik ayat dia, baru die betulkn balik: sebelas ringgit empat puluh sen, phui... Nak ada setengah kebenda.. Tiba2 ter bengang pulak aku nih.. Ko cakap jangn putar belit boleh tak?

Kadang tak paham la.. Aku bukan nak cakap apa, duduk kat negara malaysia, tapi kurang fasih berbahasa malaysia, adalah tak logik ok. Bahasa malaysia bahasa kebangsaan negara, itu pun ko tak pandai, layak ke ko nak duduk malaysia? Ceh semangat kenegaraan la pulak. Bukan kedai ni je, semua kedai2 yang orang style mamak jaga, memang bahasa semua tunggang langgang. Kadang dorang sebenarnya ni, import dari india, labour cost murah ma.. Tu pasal hampir kesemua kedai ala2 mamak ni, kaum dia saja yang jaga..Bersepah..Tu pasal juga aku memang tak lalu nak makan kat kedai mamak nih. gulp..Cerita apakah ini?? Haha

Ok layan picture lauk aku :sup ikan dengan fishball dan popia goreng..


Lauk yang ikut plan hanyalah sup ikan. Ingatkan petang sikit, nak la goreng sayur untuk encik suami, sekali aku dah siap2 kemas dapur kilat2 bersih2, jadi malas pulak nak menumis bagai.. So jalan mudah, goreng popia, buat ada2 saja.. kuikuikui.. Fishball tu pulak, aku nak habiskan stok, kang simpan lama2 sampai da expired tak guna juga. Macam semalam time aku 5S peti ais, banyak juga buang serbuk2- serbuk ketumbar, jintan manis, serbuk kayu manis, hahah tu aku beli time mula2 masuk rumah baru-time ni kurang pandai, semua benda nak beli. Last2 tak guna pun..Masuk ke tong sampah.. So jangan jadi macam aku eh, ko beli barang yang ko nak guna saja, agak2 ko tak reti guna-sila lah jangan beli..

Ok nak stop dulu la.. Kene publish cepat entry ni, pagi2 line internet laju sikit, kalo peram entry sampai tengah hari, alamatnya memang berbulu la aku dengan line internet nih.. Slow melow..
Daaa...

p/s: entrynni still tak boleh publish pagi2.. arggghhhh....

4 comments:

  1. Barang dapur yang serbuk/rempah ratus jika nak tahan lama elok simpan dalam balang or botol kaca dan put in fridge macam biasa. Boleh tahan berbulan. Asal tidak disentuh dengan tangan basah.

    Masak sup jika sekadar dengan bunjut, utk seketul dua ikan ok la jugak. Jika nak lebih enak (or masak banyak), elok juga ditumis rempah dan ‘dikecutkan‘ bersama ayam. Lebih enak.

    Opss... hilang cerita bahasa mamak.

    ReplyDelete
  2. tu la kak azie, saya baru belajar masak, jadi kurang reti sikit bab2 macam ni.. hehe baiklah. saya akan ikut nasihat akak. hihi

    ReplyDelete
  3. memang terlampau warga asing berniaga kt malaysia nie....kadang2 rasa mcm hidup di negara jiran plak..hhehehehe...hai salam perkenalan..sy ayu..jemput dtg blog ayu qaysaasupplement.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. hi, salam perkenalan ayu.. nanti saya jengah blog awak yer..hihi

    ReplyDelete