Saturday, June 8, 2013

BERNIAGA JANGAN LOKEK,TERUTAMA PENIAGA MAKANAN.

Aku kan pernah tulis pasal makanan kantin kilang aku. Tak kene langsung dengan selera aku, mula2 aku masuk kerja, bole le telan rasa lauknya kat tekak aku ni, tapi lama kelamaan aku jadi malas nak turun ke kantin. Tu baru bab rasa, belom lagi bab lauknya yang tak pelbagai.. Ish2 banyak komplen btol kan aku ni...Ingat aku ni special sangat ke, ha ha ha

Ok baru2 ni kantin aku dengarnya da tukar tender, bagus juga tu. Jadi sekali sekala aku try makan.. Rasa?? bole la tahan, ada perubahan, lauk yang di jual pun pelbagai..Cuma ada satu je yang bermasalah. Bab harga.

Aku rasa pengusaha kantin yang dulu tu, harganya bole berlebih kurang. Sebab aku pun jarang makan, jadi kadang aku kurang amik perhatian bab harga ni, tapi dengan pengusaha kantin yang baru ni, aku rasa harga dia tak reasonable. Agak mahal. Sebenarnya. kalau nak beli makanan, pada aku, jangan la berkira sangat bab mahal ke murah.

Tapi peniaga pun, kene la berpada2 letak harga makanan. Memang kita pun faham la, maybe harga barang basah mahal. Peniaga kalau berorientasikan keuntungan semata2, memang akan berkira. Untung rugi dalam perniagaan ni kan rezeki, kalau kita tak berkira sangat, makin murah rezeki kita, pelanggan pun suka..hukhukhuk

Ok ni cerita lain pulak, selingan yer..minggu ni aku rasa aku masak makan malam tiap2 hari.. Sebab setiapkali aku plan nak makan luar, cuaca buruk pulak, hujan turun lebat, jadi membantutkan hasrat nak keluar saja, Tambah pulak encik suami balik lewat, busy katanya...Jadi decide masak saja lah bahan yang ada..
Nah layan picure lauk khamis malam yang lepas...


Walaupun asik repeat lauk yang sama saja, tapi ketahuilah, ini je lauk yang sempat aku nak masak malam2, balik kerja da lewat+penat banyak kerja kat opis+stress jalan jem+ngantuk...zzzzzz

No comments:

Post a Comment