Semalam encik suami ajak makan kat luar. Daku follow sahaja. Bagus. Kurang sikit kerja aku- memasak untuk dua orang je makan tapi dapur je sepah lebih. So makan la kitorang dekat restoren remaja classis BBU tuh, tak pernah try pun-selalu makan dekat remaja area masjid. Tapi kali ni makan dekat area desa rahmat pulak. Phuiii nampak luaran je cantik. Tapi servis slow sangat- pada aku. Ada ke patut kerang bakar yang kitorang order tak sampai2 pun sampaikan kitorang da habis makan nasi. Sebut pasal nasi, lagi la buat hati aku terbakar- ada ke patut nasi goreng dia bubuh bawang besar potong ketui2! Daku ni tak la makan sayur, segala mak nenek bawang ke memang le tak makan-tapi time masak sendiri ada la guna bawang.. Bayang la macam mana nak makan. Dari lapar terus jadi kurang lapar. Walau akhirnya agak habis juga nasi aku makan, pilih2 la.. buang bawang.
Di kala itu terbayang la, lauk masakan sendiri lagi sedap dan menyelerakan. Masak bukan susah pun, tak reti masak macam aku- blaja dari buku atau internet. Yang menyusahkan tu nak membasuh segala periuk mangkuk la sudip la. Itu yang malas. Hahaha
Layan picture lauk aku yang masak bila tah.. Belom upload dalam blog lagi pun.
p/s: Tak sure la kenapa picture upload pakai blogger thru hp ni asik la ke tengah. Walhal kalau upload pakai draftcraft dok tepi pulak.. Hmmm
assalamualaikum nur...wah simple tapi sedap ni...:)
ReplyDeletehe he lauk biasa2 saja, mama.
ReplyDelete