Tuesday, February 26, 2013

BIHUN SUP.

Ahad lepas, encik suami ada tanya- apa next mission untuk masak, resepi apa pulak yang nak dicuba. Decide buat bihun sup.. haaaa bihun sup....hmmmm


Aku buat sup daging jer. Sebab stok ayam da habis dah. Lepas tu minggu ni tak ada beli ayam lagi. So kene makan daging udang sotong saja nampaknya.

Ok macam biasa la aku- da jumpa resepi yang mudah nak dipermudahkan lagi.Makanya decide nak cuba yang ni..

Bahan2 tumis macam biasa la, perlu ada bawang merah, bawang putih, halia, lepas tu ada la letak kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih setiap satu. Tumis bahan2 kasi wangi, lepas da wangi, boleh masukkan daging, lepas tu tambahkan air secukupnya untuk kuah sup. Masukkan juga kentang dan carrot sikit..(buat ada2 jek).. lepas tu biarkan tunggu dia mendidih.

Ada resepi yang aku baca, nak kene rebus dulu daging ni..Maksud rebus daging sampai empuk, lepas tu guna balik air rebusan daging untuk sup.. Mungkin lebih sedap rasanya. Tapi memandangkan aku agak malas. Dan juga kalau nak tunggu rebus daging dulu baru masak, memang amik masa. Jadi aku tak buat step ni, aku just campurkan semua sekali dalam periuk dan biarkan ia masak sendiri. Tambah pulak aku dah potong daging ni kecil2 siap2.. So aku rasa memang tak ada masalah nak bagi dia betul2 masak.. Sebab luas permukaAn dia kecik, so senang haba nak meresap dan buat dia masak.. haaa masak pun pakai sains fizik.. kelasss kau...

Pad masa yang sama, boleh la celur kan bihun.. kang sup dah siap, bihun kemana tah.. Tak lengkap rasa kalao tak ada sambal kicap kan? Ni pun resepi yang paling ringkas aku jumpa sebab ada yang tulis cili kene goreng la, ada yang cakap bawang putih kene bakar atas api... Tapi sebab aku ni kurang rajin, aku pilih untuk blender jer bawang putih, cili padi dengan gula. iyer blender je,,Sebab aku takde lesung batu. Mak aku cakap nak hilangkan pasir la, apa la, terus aku takde lesung batu sampai ke hari ni.. Adoi la.. Da siap semua, masukkan dalam mangkuk kecik, then tambah kicap.. pastu rasa kasi secukup rasa...Kalo tak sedap, kau pandai2 la adjust.. kuikuikui

Ok itu saja, bihun sup pun sudah, maybe kene try mee rebus plak lepas ni.. Wow ye ye jekk...Daaa..

Monday, February 25, 2013

KURMA AYAM.

Sabtu lepas aku try masak kurma ayam, da siap2 prepare bahan lama dah. Da search resepi yang paling senang kat google. Aku biasa la, kalo da jumpa resepi yang senang, mau carik yang lagi senang... haiih...

Ok bahan yang perlu ada semestinya ayam. Bahan2 untuk tumis, hirisan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, buah pala serba satu. Lepas tu masukkan serbuk kurma ayam or daging adabi yang dah dijadikan pes... Kacau2 lagi, lepas tu masukkan ayam dan air.. kemudian biarkan sampai kuah mendidih dan ayam empuk..Bila dah empuk, masukkan santan, lepas tu kacau sikit.. rasa, kalo perlu letak la garam... Dah siap boleh la matikan api dan makan..

Serupa macam masak kari rupanya. Aku mula2 sampai confuse, betul ker cara masak ni? Sebab sekali pandang memang ada rupa ala2 kari...
Tu dia kurma ayam aku: oppss aku lupa nak bagitahu, letak la kentang... supaya lauk kau tak de la bosan sangat, asik ayam jer memanjang..heheh


SebAb tak puashati sangat, aku compare dengan picture kari daging aku, takde picture yang clear sikit melainkan picture bawah ni yAng sempat aku snap: time encik suami nak amik kari masuk dalam pinggan dia...


Ok nasib ada beza.. kari aku nampak kuning sikit.. huhu Kesimpulannya dua2 lauk tu- kari dengan kurma ni tak pedas, lidah aku kan suka makan pedas sikit.. Memang nak kene ada sambal... hmm..Lepas ni kene belajar buat sambal yang power punya.. Daaa...

Sunday, February 24, 2013

MACAM MANA AKU UPDATE BLOG.

Sejak aku start blog, kebiasaannya aku akan update blog guna desktop. Tu kira zaman2 dulu la.. Tiap2 kali balik kerja, aku mesti duduk depan pc, surf internet, layan blog, lepas tu update blog. Nama pun suka2 punya blog, jadiknya memang sukahati la kan nak update pasal apa. Tiada specific issue atau kategori. Sebab aku rasa bile menulis, hati aku akan lega.. boleh tulis apa saja dalam blog, asalkan tak mengarut dan tak la menyinggung hati or perasaan orang lain.

Seiring dengan masa, gaya penulisan dan cara aku pun ada berubah sikit (kot). Dulu2 aku mula2 selalu juga pakai shortform, lepas tu aku slow2 ubah bagi tulis penuh, supaya senang maksud penceritaan aku tu sampai kepada orang yang membaca. Nak cerita pasal software ni.. pelik aku punya introduction ni da kelaut..kuikuikui

Dulu2 bila update, straight away guna blogger kat google. So memang puashati. Dan senang sebab nak tulis, senang nak upload gambar pun senang. Masa mula2 aku kurang suka juga masukkan gambar banyak2 dalam blog.. Macam aku kata, seiring dengan masa, aku berubah- rasa enjoy bila tepek gambar kat blog.. Gambar bukan gambar exclusive sangat pun...haha

Bila aku start pakai android phone, aku blaja update guna phone. Sebabnya bila aku blogwalking, aku nampak ayat- publish via blogdroid... lebih kurang gitu la ayatnya.. So gigih aku cari apps ni dan download masuk phone aku...Aku realize ada masalah bila aku guna blogdroid ni, aku susah nak susun gambar dan ayat.. tu pasal kalo refer balik entry aku yang pakai blogdroid ni, memang kau akan jumpa gambar dulu dua tiga keping, barulah masuk penceritaan..fuh....Time ni juga kalo aku nak update cerita ikut turutan gambar, memang makan masa la. Sebab aku kene duduk depan pc, lepas tu transfer gambar lagi.. alahai...So blogdroid memang tak kene dengan jiwa aku.. Oo lupa nak cakap, blogdroid ni lebihkurang sama saja dengan blogger google, cuma ianya mobile version.

Kemudian bila aku start guna ipad mini ni, aku search software apa yang sesuai. Aku ada juga download blogger, tapi setakat ni aku belom cuba lagi update guna blogger. Sebab apa, sebab aku terjumpa draftcraft ni...Aku da selamat purchase pun..Sebab lepas beberapa kali percubaan, aku berpuas hati.. Dalam draftcraft ni, aku boleh susun gambar dan ayat.. Jadi memang best sangat2. Kepuasan berganda bila dapat update.

Tak tau la sampai bila aku stick guna draftcraft ni.. ok nanti bila aku terjumpa software yang lain, aku tulis lagi.. daa..

Friday, February 22, 2013

LAUK YANG SENANG2 SAJA.

Haa ni pun aku tak sure lauk bila.. Rasanya lauk hari rabu kot..


Sayur kubis goreng dengan daging kicap.. Mak aku cakap- asyik masak daging kicap jer, tak jemu ker- Masalahnya mak, itu jer lauk yang senang nak difikir....hehe kantoi ar dengan mak aku. Aku belanja barang dapur dengan dia tiap2 minggu, mesti dia boleh agak apa yang aku nak masak, dengan hanya tengok barang yang aku beli. Mak aku suruh aku goreng or masak ikan pulak.. hmm

Betul juga, masa mula2 duduk rumah sendiri, ada la 2-3 kali aku masak ikan, ikan sweet sour la, ikan masak sambal la.. Tu sebab mak aku bagi ikan yang dia dah siap2 siang... wooo
Aku bukan reti sangat pun siang ikan..lagi pulak selama ni kalo aku dok bersihkan or cuci ayam ke ikan ke sotong ke udang ker.. aku memang akan buang semua benda yang aku rasa aku nak buang. Tau macam mana aku buat?? Aku cuma ingat2 kalo aku makan ikan, part ni ada ke tak.. kalo xde, sila lah potong dan buang.. Tak kira ar kot2 part tu memang sedap ke tak.. asal aku nampak pelik sikit jer, aku buang... Tu yang lama tu setiapkali aku basuh... da semua aku nak buang, last2 bila dah siap, tengok2 alamak, sikitnye yang boleh dimasak, baru lah gelabah disitu..huh

Erk, bole macam tuh.. Tambah pulak encik suami kan prefer makan ayam.. makanya makanla kau ayam, daging sotong udang segala. Ikan tak dak.. Terfikir juga aku, lama pulak aku tak makan ikan.. ni yang nak buat order dekat mak ni- ikan masak sambal satu, balik kerja nani datang amik..ahaks-

Nanti hujung minggu ni nak beli ikan la.. ye ye jekk kan.. kene da beli nanti kene fikir juga lauk apa yang nak dimasak..

Bab sayur juga- mak aku pun asik komplen, masak kobis jer.. tak kobis, masak kacang buncis.. itu jer..pusing2 tang tu juga. Nak buat macam mana kan.. sebabnya sayur daun tak tahan lama kat peti ais.. kang letak lepas tu tak masak- layu jadinya.. Bab ni yang aku malas nak jaga ni.. Tapi sayur buah pun sama gak kadang2.. Tu labu da berapa hari kat dalam peti tuh..Masak tak juga.. Tak sempat la, bila kerja balik da malam, lepas u nak masak lagi..

Lambat siap masak, maka lambat la makan, lepastu kalao lambat makan, lambat la nak tido.. eh ye ker.. Bukan aku selalu lepas makan, jadi cepat ngantuk.. hehe Aku kalo boleh sebelum pukul 9 da siap2 makan.. So antara pukul 7-8 malam, memang tung tang tung tang kat dapur.. Tu antara sebab kenapa aku nak masak yang simple jer time malam. Campak2 dalam kuali, lepas tu masak..

Nama nak lauk yang leceh sikit.. tunggu hujung minggu daa. Ooo hujung minggu ni nak try masak ayam kurma.. entah sedap entah tidak.. Rempah da beli tu.. Tunggu jer la hari Sabtu nanti.. Daaa....

Posted via DraftCraft app

Wednesday, February 20, 2013

TAK HABIS2 DENGAN SAMAN. MENYAMPAH SUNGGUH.

Hari ni balik2 jer memang hot, sebab aku dah ternampak surat yang aku memang kenal- surat saman.. cis... memang tak guna. Siap ada dua pulak tuh..Encik suami cakap, setiap satu pun kene bayar RM150.

Ok ni adalah entry yang penuh dengan kemarahan. Sebelum ni aku pernah kene saman sekali- kat KM21 senai jb, sebab laju kat situ katanya 70km/j, so aku bawak sampai 110km/j kot, so memang patut kene saman la. Dengan segera aku bayar sebab kereta register atas nama encik suami, malas la nak sangkut apa2 kalo nak renew roadtax ker.. Surat saman tu pulak terang2 ada gambar kereta dari depan.

Surat hari ni, dua2 ada gambar kereta dari belakang (memang tak guna). Lepas tu kejadian berlaku dekat km13 dengan km18 (confirm tempat ni kene sumpah dengan aku lepas ni)..
Katanya had laju kat situ hanya 80km/j, tapi aku bawak 92km/j dengan 94km/j.. tak ker macam harr..... bengang tak bengang pulak kan aku kat situ. Paling tak tahan, masa kejadian selang sehari jer.. Tu lagi memang tak boleh blah!!! Sakit sangat hati aku ni..

Ok habis luah perasaan, tengok dari sudut positif dan negatif melalui pemikiran yang waras..Mungkin ni adalah tanda supaya aku sentiasa beringat2 untuk patuhi had laju - padahal bukan la laju mana pun aku drive - itu adalah kata2 aku yang tak nak mengaku salah. Dulu da pernah kene sekali, memang tak sangka aku akan kene lagi. Serius.. Sebab tu je la jalan aku lalu untuk pergi balik kerja..Aaaarrggghh mmg cer la kan...

Tapi aku ada terfikir gak-ni fikiran jahat dan tak tau la logik ke tak, haha..- Mentang2 la aku ni style yang bayar cepat, so polis pun cepat jer ar hantar surat saman ke aku- nak cari duit lebih- hamikk ko... Polis memang saja buat macam ni, sebab mesti dia ada satu database yang boleh check, siapa orang yang selalu bayar saman ontime, so kita kasi saman dia banyak2.. phuiiiiii....Aku tak halalkan duit aku kalo betol la condition macam ni.. Sungguh cer....

Hmm apa2 pun aku memang terpaksa bayar juga saman tuh, kerja kuat2 dapat gaji lebih sikit, kene bayar saman pulak.. Kesimpulannya hati aku sangat sakit.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, February 19, 2013

HOMEMADE CHICKEN CHOP YANG TAK JADI.

Ahad lepas, konon nak buat homemade chicken chop, siap aku plan, untuk lunch, makan nasi goreng saja.. Nasi goreng yang meriah dengan udang, ayam, sosej.. dan juga sayur campur.. Nasi goreng cina..

Makanya sebelah petang, decide nak beli bahan2 yang perlu dalam resepi tuh.. Sekali bila berbelanja di Giant tampoi.. bahan yang dicari takde.. Memang kecewa.. hmm sudahnya decide nak beli jer chicken chop yang murah dan sedap kat Uda ni untuk dinner, aku lupa nama kedai dia.. huhu..

Sebelum keluar dari Giant, sempat pulak borong durian, 3 bungkus RM20..


Merasa juga makan durian, sekarang senang dah, beli dah siap2 kopek.. Takpayah nak pegang2 duri bagai..Tapi yang tak bestnyer kereta bau lah.. kene sembur fabreez ni.. Kalo tak.. bole pengsan dibuatnya.. hmm

Posted via DraftCraft app

Monday, February 18, 2013

KARI DAGING, SAMBAL BELACAN, IKAN KERING.

Sabtu lepas, demi memenuhi kehendak suami yang nak makan kari daging, gigih la aku membuatnya. Mana tak gigih, encik suami cakap dia balik ontime dengan high expectation- nak makan kari daging, sambal belacan dan ikan kering.. fuh... Sedap btol dia meng'order'. Tapi tak pe, bole jer aku masak kalo ada bahan2 semua dann juga kalo dapur gas tu tak buat hal.. kalo dia tak nak on.. spoil la mood aku...

Ok prepare bahan2.. sekarang ni aku bantai tumis dengan olive oil jer untuk semua masakan.. sayang ooo kalo tak guna, aku beli olive oil ni pun time aku plan nak masak spagetti hari tuh..


Bahan2 tumis- bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, kayu lawang, buah pelaga dan juga...olive oil..


Tak lupa juga rempah kari adabi dengan santan...

Dan bahan yang paling penting.. Daging yang dah dibersihkan dan ditoskan...




Tu dia rupa kari yang tengah menggelegak...
Mula2 tumis bahan2. Lepas tu masukkan rempah kari.. Lepas tu masukkam daging, tambah kan air.. Biarkan sampai daging empuk.. Barulah masukkan santan..Letak la garam sikit.. Masak kejap.. Rasa... dah agak2 bole telan, sila lah matikan api..

Memasak ni, pada aku- enjoy juga. Kene guna banyak deria, deria rasa, deria bau, deria penglihatan.. kreatif.. Tak kreatif pun bila ko buat, ko terpaksa la jadi kreatif.. sebab nanti ko juga yang akan makan lauk ni..

Aku sebelum ni, tak pernah goreng ikan kering.. Pada aku, kalo ada pun tak pe, tak ada pun tak pe...- ada macam tak de jer... Tapi encik suami request, buatkan saja lah.. Nasib sempat berguru dengan mak aku..

Rendam ikan kering lumi ni, lepas toskan dia, lumur dengan tepung beras.. Goreng dengan api kecik...


Tanpa ku sangka2 meletop2 wooo... Bersilat juga la.. Tahan kan saja.. nasib baik percik pun halus2 jer.. kalo style pop pop.. Memang tak goreng habis la.. Terus buang.. Out.

Hasilnya seperti dibawah...


Ada lagi nak kene buat- sambal belacan... haa yang ni, goreng belacan, blender dengan cili, lepas tu perah limau kasturi sikit.. Garam pun letak sikit.....


Lepas tu aku decide nak buat sambal goreng sikit.. Konon nak makan sayur la.. kacang buncis...


Goreng tahu, tempe, ketepikan. Lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, masukkan kacang buncis... masak kejap, masukkan suhun dan tahu kering (yang ni kene rendam dan tos dulu kasi dia lembut) lepas tu da sebati, masukkan tahu dengan tempe yang dah digoreng tadi..kacau2 sikit.. Macam biasa la aku tabur maggi cukup rasa.. siap sudah..

Hari sabtu tu memang sejarah la.. banyak btol step memasak.. Syukur dapur tu bagi kerjasama.. wow....
Panjang la pulak entry ni.. Tak pe la.. proceed jer.. Lately ni sejak pakai ipad mini..memang aku selalu excited nak update blog.. Ok stop dulu.. Daaa....

Posted via DraftCraft app