Wednesday, February 20, 2013

TAK HABIS2 DENGAN SAMAN. MENYAMPAH SUNGGUH.

Hari ni balik2 jer memang hot, sebab aku dah ternampak surat yang aku memang kenal- surat saman.. cis... memang tak guna. Siap ada dua pulak tuh..Encik suami cakap, setiap satu pun kene bayar RM150.

Ok ni adalah entry yang penuh dengan kemarahan. Sebelum ni aku pernah kene saman sekali- kat KM21 senai jb, sebab laju kat situ katanya 70km/j, so aku bawak sampai 110km/j kot, so memang patut kene saman la. Dengan segera aku bayar sebab kereta register atas nama encik suami, malas la nak sangkut apa2 kalo nak renew roadtax ker.. Surat saman tu pulak terang2 ada gambar kereta dari depan.

Surat hari ni, dua2 ada gambar kereta dari belakang (memang tak guna). Lepas tu kejadian berlaku dekat km13 dengan km18 (confirm tempat ni kene sumpah dengan aku lepas ni)..
Katanya had laju kat situ hanya 80km/j, tapi aku bawak 92km/j dengan 94km/j.. tak ker macam harr..... bengang tak bengang pulak kan aku kat situ. Paling tak tahan, masa kejadian selang sehari jer.. Tu lagi memang tak boleh blah!!! Sakit sangat hati aku ni..

Ok habis luah perasaan, tengok dari sudut positif dan negatif melalui pemikiran yang waras..Mungkin ni adalah tanda supaya aku sentiasa beringat2 untuk patuhi had laju - padahal bukan la laju mana pun aku drive - itu adalah kata2 aku yang tak nak mengaku salah. Dulu da pernah kene sekali, memang tak sangka aku akan kene lagi. Serius.. Sebab tu je la jalan aku lalu untuk pergi balik kerja..Aaaarrggghh mmg cer la kan...

Tapi aku ada terfikir gak-ni fikiran jahat dan tak tau la logik ke tak, haha..- Mentang2 la aku ni style yang bayar cepat, so polis pun cepat jer ar hantar surat saman ke aku- nak cari duit lebih- hamikk ko... Polis memang saja buat macam ni, sebab mesti dia ada satu database yang boleh check, siapa orang yang selalu bayar saman ontime, so kita kasi saman dia banyak2.. phuiiiiii....Aku tak halalkan duit aku kalo betol la condition macam ni.. Sungguh cer....

Hmm apa2 pun aku memang terpaksa bayar juga saman tuh, kerja kuat2 dapat gaji lebih sikit, kene bayar saman pulak.. Kesimpulannya hati aku sangat sakit.

Posted via DraftCraft app

2 comments:

  1. heheh..sabar pn. Nani..ruangan lepas geram eh..

    ReplyDelete
  2. haaa tu la.. bila da tulis rasa lega sket...kuikuikui

    ReplyDelete