Friday, February 15, 2013

DAGING MASAK HALIA vs SAYUR AIR SAWI.

Hari ni aku dapat balik awal. Peluang hanya sekali- maka sila jangan tolak. Ahaks.. Balik2 jer dah terbayang apa nak dibuat kat rumah, apa nak dimasak.. fuh...

Lauk dipilih- daging masak halia. Mula2 ingat nak masak kicap saja, tapi boring pulak aku ni. Nak juga try masak lain.. Cepat2 la aku google.. Jumpa resepi yang agak senang..
So aku dah buat, aku tulis dalam blog, bukan apa..kot2 aku lupa.. senang jer.. cari dalam blog sendiri..ish3

Ok ni bahan2 tumis. Sila hiris cili merah, cili hijau, halia, bawang besar dan bawang putih.


Tumis agak2 jer, tak perlu sampai layu sangat, lepastu sila masukkan daging...


Kacau sebati lagi, sampai daging bertukar warna..


Haa nampak kan beza warna tu...Amik satu sudu tepung jagung, bancuh dengan secawan air, lepastu kacau2 nak bagi sebati.. Then masukkan bancuhan dalam kuali tuh..


Dia akan jadi macam pekat sikit, gaul rata..
Lepastu masukkan sos tiram dua sudu besar..
Kacau rata lagi.. Aku tak masukkan garam, sebab sos tiram ni dah sedia masin rasanya..


Lepastu tabur sikit lada hitam.. Nyam2..


Tu dia lauk daging masak halia versi aku..
Sayur pulak, masak sawi tumis air jer.. Jadi la kan...


Ok selamat menjamu selera sudah.. Masa untuk berehat2.. zzzzzzz

p/s: entry tertunggak. patut post semalam. tapi aku tertdo..hmm

Posted via DraftCraft app

2 comments:

  1. cik nanie... menyelerakan sungguh daging masak halia... hrmmm..cume daging nyer same byk ngan halia :p kalu aku dtg..daging bg lebih k..aku nih kuat makan ..:P -alene-

    ReplyDelete
  2. haha baik alene ku sayang.. time ko datang, aku masak banyak2 ok...

    ReplyDelete