Monday, February 11, 2013

AYAM PANGGANG VERSI DUA.

Hari tu aku da try masak ayam panggang ker ayam bakar (bak kata adik aku). Tapi resepi yang aku follow tu kurang sedap kot. Sebab encik suami ada pesan, next try jangan ikut resepi tu, try search resepi lain. Makanya gigih la aku dok belek2 resepi yang ada kat internet ni. Jumpa satu resepi, nampak macam sedap.. Setuju la nk try..


Antara bahan2 yang diperlukan untuk perap ayam, bawang putih dan halia dicincang bagi halus, gula perang satu sudu, italian herbs satu sudu,cajun satu sudu, semua pakai sudu besar yer, lepas tu tambah olive oil satu sudu besar gak, gram jangan lupa ditambah juga.

Siap gaul semua, sapu kan dekat ayam. Ayam tu kasi kelar2 supaya bahan perapan menyerap pada dagingnya.


Rupa ayam setelah di sapu rata bahan perapan. Simpan dalam peti ais selama satu jam. Nak sedap, perap semalaman- orang kata la..hehe

Lepas tu da bole siap panggang.. Aku guna non stick pan saja.. Biasa la kan...Selagi tak beli oven, begitu lah...


Rupa ayam yang siap sedia di makan.. Makan begitu sahaja. Sekarang kitorang dah jarang makan nasi time malam, makan lauk saja. Daaaa..

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment