Friday, February 22, 2013

LAUK YANG SENANG2 SAJA.

Haa ni pun aku tak sure lauk bila.. Rasanya lauk hari rabu kot..


Sayur kubis goreng dengan daging kicap.. Mak aku cakap- asyik masak daging kicap jer, tak jemu ker- Masalahnya mak, itu jer lauk yang senang nak difikir....hehe kantoi ar dengan mak aku. Aku belanja barang dapur dengan dia tiap2 minggu, mesti dia boleh agak apa yang aku nak masak, dengan hanya tengok barang yang aku beli. Mak aku suruh aku goreng or masak ikan pulak.. hmm

Betul juga, masa mula2 duduk rumah sendiri, ada la 2-3 kali aku masak ikan, ikan sweet sour la, ikan masak sambal la.. Tu sebab mak aku bagi ikan yang dia dah siap2 siang... wooo
Aku bukan reti sangat pun siang ikan..lagi pulak selama ni kalo aku dok bersihkan or cuci ayam ke ikan ke sotong ke udang ker.. aku memang akan buang semua benda yang aku rasa aku nak buang. Tau macam mana aku buat?? Aku cuma ingat2 kalo aku makan ikan, part ni ada ke tak.. kalo xde, sila lah potong dan buang.. Tak kira ar kot2 part tu memang sedap ke tak.. asal aku nampak pelik sikit jer, aku buang... Tu yang lama tu setiapkali aku basuh... da semua aku nak buang, last2 bila dah siap, tengok2 alamak, sikitnye yang boleh dimasak, baru lah gelabah disitu..huh

Erk, bole macam tuh.. Tambah pulak encik suami kan prefer makan ayam.. makanya makanla kau ayam, daging sotong udang segala. Ikan tak dak.. Terfikir juga aku, lama pulak aku tak makan ikan.. ni yang nak buat order dekat mak ni- ikan masak sambal satu, balik kerja nani datang amik..ahaks-

Nanti hujung minggu ni nak beli ikan la.. ye ye jekk kan.. kene da beli nanti kene fikir juga lauk apa yang nak dimasak..

Bab sayur juga- mak aku pun asik komplen, masak kobis jer.. tak kobis, masak kacang buncis.. itu jer..pusing2 tang tu juga. Nak buat macam mana kan.. sebabnya sayur daun tak tahan lama kat peti ais.. kang letak lepas tu tak masak- layu jadinya.. Bab ni yang aku malas nak jaga ni.. Tapi sayur buah pun sama gak kadang2.. Tu labu da berapa hari kat dalam peti tuh..Masak tak juga.. Tak sempat la, bila kerja balik da malam, lepas u nak masak lagi..

Lambat siap masak, maka lambat la makan, lepastu kalao lambat makan, lambat la nak tido.. eh ye ker.. Bukan aku selalu lepas makan, jadi cepat ngantuk.. hehe Aku kalo boleh sebelum pukul 9 da siap2 makan.. So antara pukul 7-8 malam, memang tung tang tung tang kat dapur.. Tu antara sebab kenapa aku nak masak yang simple jer time malam. Campak2 dalam kuali, lepas tu masak..

Nama nak lauk yang leceh sikit.. tunggu hujung minggu daa. Ooo hujung minggu ni nak try masak ayam kurma.. entah sedap entah tidak.. Rempah da beli tu.. Tunggu jer la hari Sabtu nanti.. Daaa....

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment