Thursday, October 28, 2010

BILA DRIVE TU..SILA BERHATI2 LA..TAKDE LA AKU CEPAT BENGANG

Hari ni aku cuti lagi..hahah biasa la dah dekat2 hujung tahun macam ni la gaya nya..(huh kalau la orang lain tahu reason sebenarnya...) Tak pe la kan...

Hari ni jugak aku dah jumpa banyak driver yang memandu bagai orang gile yang tak tahu peraturan.. Memang buat aku bengang. Bukan hari ni jer aku jumpa drive type macam ni.. Sebelum2 ni pun ada gak..Tapi malas aku nak tulis haha.

Bayangkan la time2 kita tengah drive, kereta depan tu slow semacam jer..Padahal jarak kereta depan dengan kereta depan dia tu jauh sedepa! Huh aku tetiapkali jumpa kereta macam ni memang aku potong dan aku jeling driver dia..

Tapi bila aku da potong, ada ke patut nampak driver kereta tu tengah cakap2 kat hp..Adusss bawak kereta dah la lembab macam kura2.. Boleh pulak dia slow..

Aku still tak faham la orang2 ni.. Ada peraturan bukan nak ikut.. Dah terang2 penggunaan hp semasa memandu tidak digalakkan, jadi jangan la guna hp. Kan bahaya bila drive guna satu tangan jer, kalo cakap guna handsfree tak apa lah juga, ini tak.. nak juga pegang hp guna tangan.. Kalo susah2 berhenti je tepi jalan pastu teruskan bercakap2.. Huh

Benda kecik mcm ni pun nak kena ajar ke..Apa daa..

No comments:

Post a Comment