Thursday, April 4, 2013

KISAH HUJAN, LAUK.

Mengadap waktu2 petang kat kilang adalah sangat boring.. hoiiii mood nak keje dah tak de dah ni... Tambah pulak meeting petang dengan UK dah dicepatkan waktunya. Terkejar2 la sikit...

Lepas tu hujan turun mencurah2 wowo sedap kalau tidur ni.. Kadang aku gembira sebab hujan, hujan turun sekali membersihkan kereta aku. Hari isnin yang kereta aku banyak tahi burung tu, sebelah petangnya hujan.. Bila aku sampai kat kereta...aik, segala tahi2 tu nan ado... jadinya terus tak singgah cuci kereta.. alasan kan....bagus la sangat.

Bila balik time hujan ni, jalan mesti jem.. banjir la.. Sistem perparitan yang tak bagus, buat aku sakit hati sahaja. Akhirnya sampai rumah lambat.. Nak senang, makan luar or order pizza. Tapi 70% hati aku berkeras nak aku masak... Ok jer kalao order pizza, seronok gak rasa hati bila encik suami suggest order piza.

Tapi lain kali saja lah.. Ni hasil lauk yang masak dengan tergesa2...Pukul 830 lebihkurang baru start makan... ish2


Sayur kacang buncis goreng dengan isi ayam dan udang, daging masak sos tiram dan lada hitam...
Whatapps dengan adik aku picture lauk ni, ada ker dia suruh aku masak rendang.. hmm Takde masa la....Hujung minggu bole ok...

Teringat banyak plan pulak hujung minggu ni. Kereta da patut hantar servis, boleh pulak aku terlupa. Selain tu, ada jemputan kahwin lagi... Kene arrange jadual ni.. Tengok la macam mana nanti...

4 comments:

  1. cik nanie...alene tgk hari2 ader sayur! sudah makan sayur ka??? :P

    ReplyDelete
  2. alene...hahah bagus soalan ko ni,
    aku masak sayur untuk khairol la.. tapi kalo setakat kacang buncis, aku makan la, kalo peria, kobis, sayur air lain, aku tak makan.. khairol sorang makan.. kukuikui da tak tau nak masak apa ni alene...adoi la...

    ReplyDelete
  3. Daging masak dgn lada hitam tu mesti best!

    ReplyDelete
  4. hehe kak azie, tengok tu saya masak banyak sangat kuah sampai tak nampak daging.. rasa dia.. bole la setakat makan sendiri.. nak jamu orang lain, tak tahu la rasa macam mana nanti...

    ReplyDelete